Subscribe:

Friday, June 29, 2012

cukup jika...

بسم الله الرحمن الرحيم


bukan mudah untuk dizahirkan...
tika banyak perkara dipertimbangkan.

tak mengapa...
cukuplah Allah sentiasa bersama.

untuk mencinta dan dicinta.

Wednesday, June 27, 2012

mahar keindahan...

بسم الله الرحمن الرحيم





sejauh mata memandang...
sejengkal cuma keindahan.

kerana kecantikan sebenar...
pada iman yang tidak berpinar.

Monday, June 25, 2012

insan tanpa ketenangan...


بسم الله الرحمن الرحيم
kebejatan...

kejahatan...

bukan kerana hilangnya ketenangan...

tetapi musnahnya keimanan.

bila halaman tidak lagi menjanjikan keselamatan.

Friday, June 22, 2012

merasa hati...

بسم الله الرحمن الرحيم

banyak cerita...
tetapi menghasilkan satu rasa.

hati terasa.



suka itu seperkara...
namun lain pula perihalnya jika berduka.

penawarnya...
hadirkanlah DIA...
kerana rasa itu milikNya...

yang diberikan pada kita.

Thursday, June 21, 2012

musafir kehidupan...


بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah sempat bermusafir ke ibu negara semalam.

Bukan perjalanannya yang ingin dikongsi...
Tetapi hikmah di sebaliknya yang dicari.




Sebagaimana Rasulullah S.A.W. di  Isra' dan Mikraj kan...
Begitu juga kehidupan ini perlu dipersiapkan.

Bahawa pada realiti harian itu...
Tersimpan ujian dan cabaran seribu satu.

Tuesday, June 19, 2012

bertatih ke realiti...


بسم الله الرحمن الرحيم

melangkah tetapi perlahan...
adakalanya terjatuh kesakitan...
itulah lumrah kehidupan.

kerana bertatih itu lebih baik dari tidak beralih...
si kecil di lapangannya, yang dewasa dengan halangannya..
tiada yang terlepas dari kesukaran.

maka penulis juga begitu...
sedang ber'manja' dengan hari-hari awalnya...
untuk begelar seorang manusia.

indahnya sebuah realiti...
hanya apabila dimengerti...
hikmah dan ibrah sehari-hari.

penulis...
sedang belajar memaknakan...
sebuah kehidupan.

bila si Ribena menyarung jersi pengamal undang-undang...

بسم الله الرحمن الرحيم



persepsi bercampur...
antara kematangan dan kebudak-budakan...
bagaimana rasa sukacita pada amanah yang diberi dimanifestasikan dengan kedukaan pada pelaksanaan.

perlu dimengerti bahawa pada setiap perkara itu punya aturan...
yang mengawal rentak dan tingkah insan...
tambah pula tika kerahsiaan menjadi keutamaan.

bukan soal formaliti...
juga tidak integriti...
akan tetapi harga diri.

peliharalah...
hormatilah...

sekalipun jika bukan sebagai pelanggan...

dia atau mereka punya hak untuk dipertahan.